Tarikh cipta: 09-01-2015 | Kemaskini Terakhir: 08-12-2016, 09:00:00

Perutusan Jurutera Daerah

 

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,


Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Laman Web Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Selangor kerana memberi ruang kepada saya menyampaikan kata-kata aluan dalam Laman Web JKR Daerah Hulu Selangor ini. Disamping mendedahkan fungsi dan peranan Jabatan kepada pelanggan/ kakitangn JKR ianya juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan maklumbalas kakitangan JKR dan pelanggan supaya interaksi dua hala antara Jabatan dan pelanggan/ Kakitangan JKR dikekalkan. Cara sebegini akan dapat menjalinkan serta mempereratkan lagi pertalian antara pegawai-pegawai dan warga JKR Hulu Selangor dengan pelanggan.

Saya dengan penuh yakin dan percaya, semua kakitangan JKR Daerah Hulu Selangor akan terus berkerja sebagai satu pasukan, berdedikasi dan bersatupadu agar objektif untuk mencapai kecemerlangan organisasi akan sentiasa direalisasikan. Adalah menjadi harapan saya dengan wujudnya laman Web ini dipersada dunia tanpa sempadan dapat memberikan kepuasan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat dan produk yang ditawarkan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Selangor dengan cara yang mudah dan pantas. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dan menjayakan laman web ini.


Sekian, terima kasih.


AZARUL AZLAN BIN MOHD RADHI
Jurutera Daerah,
JKR Hulu Selangor