Tarikh cipta: 07-01-2015 | Kemaskini Terakhir: 19-08-2015, 01:32:58

PERUTUSAN JURUTERA DAERAH

JDKLG.jpg

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

JKR Daerah Klang adalah agensi pelaksana untuk projek-projek negeri dan persekutuan bagi seluruh Daerah Klang. Perkhidmatan yang disediakan adalah dalam perlaksanaan projek, senggara jalan dan bangunan serta khidmat nasihat teknikal.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T, Jabatan Kerja Raya Daerah Klang telah melangkah setapak lagi ke hadapan bagi bersama-sama menyahut seruan kerajaan di dalam memperkasakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di dalam urusan seharian jabatan.

Laman Web ini direka untuk memudahkan para pengguna mendapatkan maklumat mengenai JKR Daerah Klang. Borang-borang dan iklan sebutharga juga boleh dimuat-turun melalui laman web ini.


Saya bagi pihak jabatan juga mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan daripada pengunjung laman web ini demi untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini. Jika terdapat sebarang kemusykilan, para pengguna digalakkan untuk berhubung terus dengan para pegawai di Jabatan Kerja Raya Daerah Klang melalui emel dan no telefon yang disediakan.

Selamat melayari Portal Rasmi JKR Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.

Sekian, Terima Kasih

Ir.Mohd Shahrom Bin Ahmad Saman

Jurutera Daerah

JKR Klang