Tarikh cipta: 09-01-2015 | Kemaskini Terakhir: 03-01-2018, 02:59:20

Perutusan Kuala Langat

gambar jd copy.jpg

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi JKR Kuala Langat

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa laman web JKR Kuala Langat yang menyediakan kandungan dalam laman web ini. Laman web ini dibangunkan dengan tujuan untuk memperkenalkan jabatan ini kepada masyarakat awam serta menjadi saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan jabatan ini.

JKR Daerah Kuala Langat adalah merupakan antara pejabat yang paling penting, dimana pejabat ini menjadi jabatan pelaksana untuk projek-projek negeri dan persekutuan bagi seluruh daerah Kuala Langat.

Kandungan laman web ini adalah diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai dan kakitangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi kerja harian masing-masing.

Harapan saya semoga maklumat-maklumat yang disediakan melalui laman web ini memberi manfaat kepada kita semua dan juga pelanggan-pelanggan JKR di daerah Kuala Langat

Selamat melayari laman web rasmi JKR Kuala Langat.   

Sekian terima kasih.

Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said

Jurutera Daerah

JKR Kuala Langat