Tarikh cipta: 09-01-2015 | Kemaskini Terakhir: 05-03-2018, 02:09:12

Perutusan Jurutera Daerah JKR Kuala Selangor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya dengan penuh rasa hormat mengucapkan selamat datang ke laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor. Sebagai salah sebuah organisasi teknikal di negeri selangor, Jabatan ini berperanan sebagai jentera pelaksana utama projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan bagi daerah kuala selangor selain dari menjadi penasihat teknikal dan konsultansi dalam bidang yang melibatkan kejuruteraan dan pembinaan. Adalah menjadi harapan kami untuk menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan bagi mencapai  matlamat membantu masyarakat ke arah hidup yang lebih berkualiti. Untuk itu, kami berhasrat memberi perkhidmatan dengan lebih baik dengan menyediakan maklumat terkini melalui laman web ini

Laman web ini direka dengan struktur yang informatif bagi memudahkan orang ramai mengakses maklumat serta memahami peranan dan fungsi pejabat ini. Selaras dengan aspirasi perkhidmatan sektor awam yang mendahulukan kepentingan masyarakat dan mengutamakan pencapaian, laman web ini diharap akan memberikan maklumat yang diingini dan kemudahan mengemukakan pertanyaan serta aduan bagi menjamin perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan. Saya amat berharap agar orang ramai dapat memanfaat akan maklumat yang disediakan disamping terus memberi sokongan kepada organisasi ini,

 

Sekian Terima Kasih. 

MUHAMMAD YUSRI BIN HAMID
Jurutera Daerah
JKR Kuala Selangor