Tarikh cipta: 26-12-2014 | Kemaskini Terakhir: 20-12-2017, 06:36:24

JD

PERUTUSAN JURUTERA DAERAH

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya Laman Web JKR Sabak Bernam dapat dipaparkan. Ucapan terima kasih saya rakamkan kepada semua pihak yang terlibat juga tidak lupa kepada sidang redaksi yang telah berusaha bersungguh-sungguh di dalam pembinaan Laman Web JKR Sabak Bernam yang baru ini. Untuk mencapai sesuatu matlamat bukanlah mudah seperti yang kita ucapkan dengan kata-kata. Ianya memerlukan semangat kerja berpasukan,memahami dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan, ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Oleh itu, saya menyeru seluruh warga JKR Sabak Bernam agar kita bersama-sama bekerja sebagai satu pasukan dalam memberikan persembahan dan sumbangan yang bermanfaat kepada Jabatan dan juga masyarakat amya. Malah perkhidmatan yang cemerlang juga dapat dipamerkan sekaligus mempertingkatkan prestasi perkhidmatan jabatan berlandaskan piagam pelanggan yang telah kita gunapakai selama ini.

Akhir kata saya ucapkan semoga kita semua akan terus berjaya dalam mencapai wawasan 2020 dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap warga JKR Sabak Bernam diatas sumbangan yang telah diberikan agar Jabatan akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian, Wassalam.
 
MOHAMAD HANAFI BIN KASIM
JURUTERA DAERAH JKR SABAK BERNAM