Brownies Change thame : Brownies   A A A  
    
Tarikh cipta: 18-03-2014 | Kemaskini Terakhir: 30-01-2015, 03:03:37

Sejarah Jabatan Kerja Raya

 

  • JKR yang dahulunya dikenali dengan nama Public Works Department (PWD) mempunyai sejarah yang lama iaitu sejak bermulanya pembangunan fizikal di negara ini yang dilaksanakan oleh penjajah Inggeris.  
  • JKR adalah satu-satunya jabatan Kerajaan yang tertua sekali di negara ini. Ia telah wujud sejak pembinaan jalan raya secara teratur dan besar-besaran bermula di negara ini setelah negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu satu demi satu diletakkan di bawah pentadbiran penjajah Inggeris berikutan dengan campurtangan Inggeris yang bermula pada tahun 1784.
  • PWD mula ditubuhkan di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. PWD berkembang pesat setelah pihak penjajah Inggeris membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Federated Malay States (FMS) pada tahun 1895. Pada masa itu pentadbiran PWD disatukan menjadi PWD FMS.
  • Pada tahun 1914 semua negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah berada di bawah naungan penjajah Inggeris apabila negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah diserahkan oleh Kerajaan Siam kepada Kerajaan Inggeris pada tahun 1909 dan negeri Johor pula diletakkan di bawah naungan Inggeris pada tahun 1914. Negeri–negeri Melayu tersebut tidak bergabung dengan FMS dan dipanggil Unfederated Malay States (UFMS). 
JKyang dahulunya dikenali dengan nama Public Works Department (PWD) mempunyai sejarah yang lama iaitu sejak bermulanya pembangunan fizikal di negara ini yang dilaksanakan oleh penjajah Inggeris.
JKR adalah satu-satunya jabatan Kerajaan yang tertua sekali di negara ini. Ia telah wujud sejak pembinaan jalan raya secara teratur dan besar-besaran bermula di negara ini setelah negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu satu demi satu diletakkan di bawah pentadbiran penjajah Inggeris berikutan dengan campurtangan Inggeris yang bermula pada tahun 1784. PWD mula ditubuhkan di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. PWD berkembang pesat setelah pihak penjajah Inggeris membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Federated Malay States (FMS) pada tahun 1895. Pada masa itu pentadbiran PWD disatukan menjadi PWD FMS.
  • Sejarah Jabatan Kerja Raya (Public Works Department)Pada tahun 1914 semua negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah berada di bawah naungan penjajah Inggeris apabila negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah diserahkan oleh Kerajaan Siam kepada Kerajaan Inggeris pada tahun 1909 dan negeri Johor pula diletakkan di bawah naungan Inggeris pada tahun 1914. Negeri–negeri Melayu tersebut tidak bergabung dengan FMS dan dipanggil Unfederated Malay.